Tuesday, March 20, 2012

Alkisah Aku Dengan Train [ 1 ]



Boring di hostel punya pasal, aku dengan Aniq outing pegi Putatan. Naik train ja, jimat + cepat.


Sampai ja di Putatan, terus tanya pekerja di stesen jam berapa train dari Putatan ke Kimanis. Ongkol tu cakap la, sebelom jam 2. Dalam hati, kami x percaya sebab selalunya ada train jam 5. Say thank you and terus blah jenjalan di Putatan sampai x sedar dah pukul 5 petang. Apa lagi, kelam kabut la berlari turun naik jejantas risau ditinggalkan train.

Sampai di stesen dengan nafas termengah-mengah. Nasib baik x sampai tahap CPR wkwkwkwkwk. Time mau beli tiket balik, tu ongkol cakap la:

"Dik, mana ada lagi train pegi Kimanis. Sampai Papar saja ni"

Ehhh??? Dalam hati, 'OMAIGADDD!!!' Risau sudah x dapat balik asrama. Kalau naik kereta, mau sejam lebih juga sampai pi skola. Tambang lagi 😭😭😭 Beku otak aku duaratusnamploh saat! Bila sel2 otak dah berhubung, kami beli tiket ke Papar. Takpa lah, Papar pun Papar la. Tu la x dengar cakap ongkol tadi. Kan dah dapat balasan T___T

Dari Putatan, naik train zaman hitam putih. Nostalgia sungguh! Time dalam train, lega skettt otak aku sebab sampai Papar nanti, naik van ja pi skola. Tambang RM2. Fuhhh, settle!


Sampai ja di Papar, terus berlari cari van balik Kimanis.





Malangnya...

Semua van dah blah. Sebab kami sampai Papar dah jam 6 petang huwaaa. Pusing2 pekan x jumpa van dah!!! OMAIGADDD stress!!!

Try teksi, ongkol teksi cas RM30 sorang. RM30 SORANG KAU!!! GILER!!! Aniq sket lagi tumpah air mata.





Tetiba...
Ada kakak cleaner Limauan cam muka aku dengan Aniq. Mungkin dia nampak kami macam blur2 terpusing2 di pekan. Syukur Allah gerakkan hati kakak tu pi tegur kami. Akhirnya, kakak cleaner jadi heroin aku dan Aniq sudi tumpangkan dan hantar kami sampai depan gate asrama. Biar berhimpit dalam keta x kami kisah yang penting selamat sampai pi asrama

Tengkiuuu kakak cleaner, Allah hantar untuk bantu kami.

Tapi kannn, aku x ingat sudah muka dia astagaaa sorry kakak cleaner
 

  


^_^

3 comments:

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb