Friday, March 30, 2012

Yang Baik Itu Tidak Semestinya Baik !






Alkisah ada sorang petani ni, dia miskin and ada sorang saja anak lelaki dan seekor kuda betina. Satu hari, kuda betina milik petani tu hilang. Suma orang kampung tu x taw camna kuda betina tu boleh hilang.

Jadi, orang orang kampung yang simpati tu pergilah rumah petani tu. Sudahlah ada seekor ja kuda betina, yang seekor tu lah hilang. 

" Kesian! " kata orang kampung.

Tapi, yang si petani tu x sedih. Pastu dia cakap " Yang tak baik itu tidak semestinya tak baik! Yang baik itu tak semestinya baik! " Selamba badak ja tu petani cakap camtu.

Tak lama pastu, kuda betina si petani yang hilang dulu tiba-tiba balik semula pi rumah si petani tu. Dalam keadaan bunting lagi tu. Apalagi, orang kampung pun pergilah rumah si petani konon konon mau tengok si kuda betina bunting tu.

" Tak sangka kuda betina tu bunting! Untungnya dia! " kata orang kampung.

Macam biasa, si petani tu cakap " Yang baik itu tidak semestinya baik, yang tak baik itu tak semestinya tidak baik! "

Tak lama pastu, si kuda betina pun beranak. Tahniah sama mama kuda tu sebab dapat anak jantan. Jadi, anak petani yang sudah remaja tu selalu lah bermain dengan anak kuda jantan tu.

Orang cakap, malang tidak berbau. Satu hari, tanpa diduga si anak petani tu kena tendang oleh si anak kuda jantan yang tiba-tiba melenting. Sawan kot! So, kompom lah si anak petani tu cedera. Sudahlah cedera, patah tangan lagi! Jadi, orang kampung pun pergilah rumah si petani tu. Kesian! Anak sudahlah sorang jak, yang sorang tu lah patah tangan!

Si petani just cakap " Tak semestinya yang tak baik itu, tidak baik! Yang baik itu tidak semestinya baik! "

Tak lama kemudian, kerajaan keluarkan perintah semua anak lelaki dalam kampung tu diwajibkan untuk join kerahan tenaga untuk persiapan ke medan perang.

So, hanya anak si petani saja yang x join perang tu sebab masih cedera dan patah tangan. Sudah suratan takdir, semua anak lelaki yang pergi berperang tu inna lillah wainna ilaihiroji'un. Yang tinggal di kampung just anak-anak gadis yang belum kawen. Anak dara lah katakan. 

So, memang dah jadi tabiat orang kampung pergi rumah si petani untuk ucap tahniah sebab hanya si anak petani saja yang selamat dari perang. Untung lah anak si petani sebab semua anak gadis di kampung tu berebut-rebut mau kawen dengan dia. Alahai, tak mau kawen dengan si petani ke?

Si petani pun berkata " Dari dulu lagi aku dah cakap... yang baik itu tidak semestinya baik dan yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik. Setiap kebaikan dan keburukan yang diuji oleh Allah itu ada hikmah di sebaliknya! "

Uollls, kalau kita dapat sesuatu kebaikan jangan pulak kita terlalu gembira, tapi bersyukurlah! Begitu juga jika ditimpa sesuatu musibah atau keburukan, jangan kecewa atau putus asa. Korang semua percayalah, ada hikmahnya disebalik qada dan qadar Allah itu . ( pesanan penaja ikhlas dari hati ke blog, ngee )






^_^







Thursday, March 29, 2012

Suami Yang Ku Benci , Grrr !!!



Yup, aku mengaku aku benci suami aku. Satu-satunya suami aku! Tiada dua. Biarlah korang nak kutuk aku ke, hina aku ke sebab aku benci dengan suami aku sendiri. Kejamkah aku kerana membenci suami sendiri??? Bagi aku... tak kejam sangat pun. 

Korang tak tahu hati aku, betapa terseksanya aku kerana hidup serumah sebumbung dengan seorang lelaki yang telah pun sah jadi suami aku. Heiii, aku kahwin dengan dia pun sebab tunang... ops, bekas tunang aku ditangkap khalwat dengan pompuan lain. Yang aku tak puas hati, pompuan tu masih di bawah umur lagi. Tua sangattt ka aku ni sampai dia rembat pompuan bawah umur? grrr

Gara-gara dia, aku terpaksa kahwin dengan... siapa nama suami aku ni? Haa, Uwais! Ya, Uwais. Aku perhatikan suami aku ni handsome juga, baik pulak tu, sabar sangat dengan perangai aku yang teruk. Teruk? Mana ada teruk! Tapi, aku tetap benci dia... Sangat-sangat benci!!! Sebabbb?

Sebab dia hanya kerja sebagai ' PENJUAL BURGER ' !!! Huh, mana sesuai dengan aku. Aku pulak CEO. Eiii, ibarat pipit dengan merak lah! Tak padan langsung. Tapi, makin lama hidup dengan dia timbul pula satu perasaan. Hmm, mulut kata benci hati pulak tiba-tiba kata sayang... Hei hei hei, jangan mengarut wahai hati!!! Kehkehkeh, benci bilang cinta.


NOVEL SUAMI YANG KUBENCI :)

Seriously, novel ni best sangat. Aku bagi 10/10. Nak baca balik, tapi anai-anai pi makan. Tinggal kulit ja. Kuajo sungguh!

Penulis: E-MAN SUFI
Harga: RM20 sm, RM23 ss




^_^





Monday, March 26, 2012

Suami Aku Ustaz ?


 
 
Mak dengan ayah nak pi Mekah tapi sebelom dorang pi Mekah, dorang nak nikahkan aku dengan Abang Hafiz a.k.a abang sepupu aku. Ops, lupa pulak. Abang Hafiz ngajar di skola aku. Ngajar kelas aku tuuu! Nak tau subjek apa yg dia ajar? Subjek yang paling aku lemah, Pendidikan Islam! Maknanya dia seorang ustaz. Ya, ustaz yang popular!


Aku baru form 5, SPM pun x lepas lagi. Tapi, parents aku suh aku nikah dengan Abang Hafiz. Merepek meraban sungguh! Nie semua sebab parents aku tak percaya dengan diri aku, sebab aku ni tak pandai lekat di rumah.. Sedangkan time ada parents aku di rumah pun aku boleh balik lewat malam, ni apalagi kalau dorang tiada di rumah. Jauh di mata dekat di hati! Dan... yang paling aku tak boleh terima, dorang nak nikahkankan aku dengan Abang Hafiz sebulan sebelom dorang pegi Mekah! Aku kerut dahi. Semua alasan aku memang tak boleh pakai, parents aku tetap nak nikahkan aku!

 

NOVEL SUAMI AKU USTAZ :)


Aku bagi 7/10  :D

Penulis: HANNAH DHANIYAH
Harga: RM22 sm, RM25 ss 





^_^





Sunday, March 25, 2012

Cinta Seorang Wanita dan Kapten Kapal


 
 
 
Seorang wanita muda sedang menikmati perjalanannya dalam sebuah kapal persiaran mewah. Dia sangat mengagumi segala kemewahan dan kecanggihan kapal itu. Baru pertama kali dia melihat kapal seumpama itu dalam hidupnya. Untuk mengenang perjalanannya si wanita muda tadi menulis apa saja yang berlaku sepanjang pelayaran dalam sebuah buku catatan harian...

12 April - Aku bangga kerana menaiki kapal semewah ini. Akan kuceritakan kepada semua temanku. Sayangnya aku belum mengenali kapten kapal ini. Mungkin dia sangat tampan dan gagah seperti kapal ini. Kalau betul akan semakin menariklah ceritaku dan mereka tentu akan cemburu...

13 April - Hari yang bertuah... Aku baru saja berkenalan dengan kapten kapal dan ternyata dugaanku benar. Hmm! Dia sangat gagah dan tampan sekali... aaah beruntungnya aku .

14 April - Ahhh, malam tadi, tanpa kuduga kapten kapal mengajakku makan malam dan... alamak dia juga sempat memuji kecantikanku... ah, renungan matanya yang dalam, aku tersipu-sipu malu...

15 April - Sekali lagi kapten mengajakku makan malam. Kapten ternyata nakal juga... dia mula berani menyentuh tanganku... dan mengajakku ' bercinta '. Dari sinar matanya dia sungguh mengharap. Tapi, aku tidak berani beri kata putus... sebab perkenalan ini baru bermula... Tapi kapten mendesak untuk menunggu jawapanku malam esok.

16 April - Dia menagih janjinya semalam... dengan jual mahal kutolak cinta dia mentah-mentah. ( Ah... dia ingat aku ni apa... perempuan murahan ke ? ) Tapi, aku tak sangka, tiba-tiba dia mengancam akan menenggelamkan kapal berserta 1 200 orang penumpangnya kalau cintanya ditolak. Argggh!

17 April - Pagi yang cerah... matahari bersinar garang. Kini aku merasa bangga kerana aku berjaya menyelamatkan nyawa 1 200 penumpang. Apakan daya, aku tak berdaya menolak cinta seorang kapten kapal... kalau tidak aku mungkin jadi arwah!







^_^





Thursday, March 22, 2012

Bukan Ku Pinta



 
 
♥ Saya tak minta yg SOLEH, sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt 
 
♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar 
USTAZAH
 
♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada 
 
♥ Nak minta yg KACAK, saya tak la CANTIK , sekadar hamba sesempurna kejadian 
yang ALLAH ciptakan

♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA

♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya

♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari
jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid dibina

♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi
lautan dunia.
 








http://my.churpchurp.com/nour-adieb/share/MaxisiPhone4s/

http://my.churpchurp.com/nour-adieb/share/openrice/ 






^_^






Wednesday, March 21, 2012

Telur Ayam Dianggap Burger




Alkisahnya...


Bahana terlalu lapar & mengidam burger, seorang anak dara menganggap 
telur ayam yang direbus itu adalah burger.
MasyaAllah!!!
Ada juga manusia camni kan? Mesti lah ada sebab aku lah anak dara tu.
Malas punya pasal, aku just masak telur rebus. 
Then, makan dengan nasi + kicap. pemalas nya aku!

Ntah angin apa yang melanda otak aku time tu, tetiba ngidam pulak burger
So, aku terbayangkan nasi + kicap + burger telur rebus
Naik selera makan aku terusss :D


Ni telor ayam
Nie pulak burger , nyum nyum
















^_^




Alkisah Aku Dengan Train [ 2 ]


 
 
 Awal pagi...
- aku dengan Piepy pegi stesen ketapi
 
- Kyra dengan Ayol masih di opis skola
 
- dah sampai pagar skola, tetiba dengar siren train
 
- dalam otak, 'mati la! sempat ka nda ni dorang nek train???'
 
- aku x kira, yang penting dorang Piepy and Kyra x ketinggalan train

- dah nampak batang hidung train tu

- x fikir apa dah, terus pecut kejar train. tinggalkan Piepy di belakang

- syukur paci train nampak aku kejar train. so, train x jadi gerak ke destinasi seterusnya

- alhamdulillah, dorang Piepy and Kyra sempat naik train

- ada sorang maci ni, potpetpotpet mulut sebab train tu x jadi nak gerak

- nyampah juga aku

- adoiii, rupanya maci tu bukan penumpang train tu. apesal potpetpotpet?

- paci train heran, yang belari kejar train ada 4 orang (dorang Ayol dengan Kyra nyusul di belakang)... tapi yang naik train cuma 2 orang

-biasalah paci, x payah nak heran sangat. saja mau buat filem hindustan kejap. muahahahahahaha







http://my.churpchurp.com/nour-adieb/share/EraJoHaRa

http://my.churpchurp.com/nour-adieb/share/openrice/ 

http://my.churpchurp.com/nour-adieb/share/MaxisiPhone4s/ 








^_^




Tuesday, March 20, 2012

Alkisah Aku Dengan Train [ 1 ]



- boring di hostel punya pasal, aku dengan Aniq outing pegi Putatan. by train k

- sampai di Putatan, tanya ongkol train "train pegi Kimanis lepas ni jam brp?"

- ongkol cakap, sebelom jam 2. ok, aku dengan Aniq x percaya. say thank you and terus blah. muahahahahahaha

- jenjalan di Putatan sampai x sedar dah pukul 5 petang

- ok, ready untuk balik hostel

- sampai di stesen, mahu beli tiket...

- "dik, mana ada lagi train pegi Kimanis. sampai Papar saja ni"

-ok. dalam hati, 'omaigad!!!'

- takpa lah, Papar pun Papar la.

- dari Putatan, naik train zaman hitam putih. nostalgia sungguh!

- sampai di Papar, terus cari van balik Kimanis

-malangnya...

- semua van dah blah

-try teksi, ongkol teksi cas RM30 sorang. RM30 SORANG KAU!!! GILER!!!

- ada kakak cleaner Limauan cam muka aku dengan Aniq

- akhirnya, kakak cleaner jadi heroin aku dan Aniq.

-sudi tumpangkan dan hantar kami sampai depan gate asrama. biar berhimpit dalam keta

-thanks kakak, muah muah muah
 
 

 
 



^_^






Monday, March 19, 2012

Ku Pilih Hatimu




Cinta yang disemai selepas berkahwin adalah lebih indah dari cinta sebelum berkahwin.
Kahwinilah lelaki yang menyayangi kita daripada lelaki yang kita sayang kerana lelaki yang menyayangi kita akan lebih bertanggungjawab melindungi  kita :D






^_^




Wednesday, March 7, 2012

Love is Cinta


Love is like magic, and it always will be
For love still remains, life's sweet mystery!
Love works in ways, that are wondrous & strange
And there's not hingin life, that love cannot change!
Love cantransform, the most commonplace
Into beauty & splendor, & sweetness & grace
Love is unselfish, understanding & kind
For it sees with it's heart & not with it's mind
Love is the answer, that every one seeks
Love is the language, that every heart speaks
Love can't be bought, it is priceless & free 
Love, like pure magic ...
Is life's sweet mystery!







^_^





Monday, March 5, 2012

Kisah Dari Negeri China


Sakit tak dia... moga2 dia x rasai kesakitan sewaktu kita semua menghamili putera-puteri kita dulu. Bayi sekecil ini masih ditatang para malaikat.. Lihatlah wajahnya yg kudus syahdu

Para doktor di sebuah rumah sakit di China dikejutkan dengan penemuan janin dalam perut bayi perempuan yang baru berusia setahun.


Pada mulanya,  ibu bapanya risau dengan kelainan pada perut bayi bernama Kang Mengru itu yang semakin membesar seperti tumor.

Doktor pun melakukan pemeriksaan ke atas bayi ini
Setelah hasil CT scan keluar, didapati dalam perut Kang terdapat janin bayi.


Doktor yakin janin itu awalnya merupakan saudara kembar Kang, namun proses pemisahan embrio tidak sepenuhnya sempurna.

Kang kini dalam pengawasan rumah sakit dan menunggu tindakan operasi untuk memindahkan janin dalam perutnya.











^_^





Thursday, March 1, 2012

Wahai Kaum Hawa ...


Berikut adalah maksud pemberian/hadiah...:

JAM TANGAN - Tanda mengingati setiap masa dan waktu


CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi


GELANG - Tanda mesra


RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian


SUBANG TELINGA- Tanda penghargaan dan penghormatan


KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin


PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.



PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.



MINYAK WANGI - Tanda cinta



BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan






BUKU – Bersifat terbuka dan bertolak
ansur


BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang


COKLAT - Semanis cintamu


LAGU/CD /KAD UCAPAN - Mengabadikan cinta dan kenangan

SEJADAH DAN AL-QURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat




HANDPHONE - Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu
walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu dioff)



Tetapi hadiah yang paling di nanti nantikan oleh setiap pasangan adalah...

MASUK MEMINANG - Tandanya dia serius dan betul-betul serius mencintai kamu!



^_^




 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb