Friday, December 20, 2013

Ditemui Selepas TORNADO Menerbangkannya

Assalamua'laikum

RIBUT TORNADO yang melanda Sweetwater, Texas pada April 1986 menerbangkan sebuah kereta yang sedang bergerak laju.

Semasa anggota polis bekerja keras mengeluarkan pemandu kereta itu yang tersepit, mereka menemui seekor kucing di kerusi belakang kereta yang remuk itu. Pemandu malang itu berkata, binatang tersebut bukan miliknya bahkan dia tidak membawa kucing sewaktu memulakan perjalanannya.

Tidak lama kemudian, sepasang suami isteri datang menuntut kucing itu selepas polis membuat pengumuman. Kata pasangan itu, kucing mereka diterbangkan angin semasa membawanya bersiar siar di sebuah taman.

Jarak tempat kereta diterbangkan dengan taman tempat pasangan itu bersiar siar ialah 8 kilometer. 






^_^





2 comments:

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb