Monday, December 29, 2014

Alkisahnya Dengan Tin

Assalamua'laikum


Zaman kanak kanak riang dulu, aku ni jenis tahan lasak. Masuk sungai keluar hutan, masuk sawah keluar kolam. Memang pening palo otak mak bapa aku dengan perangai aku dulu dulu.

Aku masih ingat lagi. Time tu kitorang kumpul reramai di kampung nak buat kenduri akikah x silap (time tu belum pindah g duk kampung). Tumbang kerbau seekor. Time arwah nenek pompuan dengan nenek lelaki  sebelah mama masih hidup, dorang rajin pelihara ayam, kambing. kerbau... erk, x ingat

Lepas abis sesi menyembelih kerbau, ingat nak blah dari area tu. Tetiba, aku nampak seekor anak ayam. kecik kecik comel comel. and, aku nampak ada tin kosong.
contoh tin

aku suruh si Boy (cousin aku yang tua 2 tahun dari aku) tangkap anak ayam tu. then, masukkan dalam tin pastu tutup. hahahahahahahahahaha, gelak jahat. dah macam mafia.

sampai skang aku xleh lupa apa yang aku dah buat dengan anak ayam tu. mati uollls kami kerjakan. mana tak matinya, lepas kurung dalam tin kami tendang golek golek tin tu. tak sangka pulak yang anak ayam tu akan pass away. memang dosa giler aku rasa sampai skang. ampun, ampun beribu ribu ampun anak ayam. suwer, aku nyesal giler.

dan skang, time dah umo matang cenggini aku takut dengan ayam betina (mama ayam)+anak ayam. lari jauh jauh choiii. so uollls, biarpun korang nakal+degil plisss jangan buli haiwan k. sesal tiada penghujung. sentiasa menghantui hidup










^_^






Thursday, December 18, 2014

Result


Assalamua'laikum

hi uollls...
siapa yang study di Insaniah,
result dah kuar, aku pun dah check tadi

dan...
alhamdulillah, i'm so thankful to Allah.

first time owhhh 3.56. jakun kejap cause i thought i will get not more than 3.00 or something. pointer ni hanya sementara. well, kan di dunia ni xda yang kekal. camtu juga ngan prestasi aku ni. so, next semester... itu next next next punya cerita. 









^_^




Tuesday, October 7, 2014

Short Entry

Assalamua'laikum

hello. hallo. bonjour. dah sebulan x updated blog. dun woly, saya masi bernafas. alhamdulillah.

i'm busy. yesterday, today and maybe tomorrow. or always busy. yes, busy! sampaikan x sempat pegi kelas arini. muehehehehehehehe.

kpale otak dah 'frozen'. class. assignment. test. presentation. 

'the life of a student'









^_^





Friday, September 5, 2014

Isteriku Bukan Ustazah

Assalamua'laikum

Suatu hari, ada reunion skola lama. Skola lama tu pelajar lelaki saja. Skang semua dah dewasa, ada kerjaya bagus, ada family,. Tiga sekawan; Zainal, Amar dan Najmi berkumpul kembali. Maka, bermulalah dialog dan sesi taaruf. Dah lama x jumpa kan. 

Zainal : " Kau kawen tahun lepas kan, Amar? Kita taaruf Amar dululah ya. Ceritalah sikit pasal isteri kau kalo x keberatan. "

Amar : " Yup. Isteri aku orang utagha. Alhamdulillah, sejuk mata memandang isteri aku tu. Kerja ustazah. "

Zainal : " Wahhh, samalah kita. Orang rumah aku pun ustazah gak. Aku nikah 2 tahun lepas. Untung dapat ustazah ni. "

Amar : " Yup. Senang. X perlu didik sangat dah. Majoriti hal agama dia dah tahu. So, smooth sangatlah nak menguruskan family. "

Zainal : " Betul, betul. Aku ni kau tahulah kepala gila gila sikit. Tapi dapat ustazah. Fuhhh, dasyat x? Isteri aku tu tutup aurat dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tudung labuh, pakai jubah. Syukur sangat sangat aihhh. "

Amar : " Hehe. Samalah dengan aku pun. Macam dia pula duk bimbing aku. Kadang kadang dia yang ajar aku al-Quran bila aku salah baca. Untung. "

Zainal : " Wahhh. Pendek cite, isteri ustazah ni benar benar untung besar pada kita suami dunia dan akhirat. "

Amar : " Ehhh Najmi, kau plak camna? "

Najmi cuma tersenyum. 

Najmi : " Errr. Isteri aku bukan ustazah. Dia nurse. "

Amar : " Maaf kalo aku salah cakap ni. Tapi nurse bukan ke kita tahu susah wooo nak dapat yang betul betul solehah. Bukan kita x pernah ngorat nurse zaman kolej dulu. "

Zainal : " Betul, betul. Aku setuju. Sosial tu lebih lah. Aurat x terjaga sangat. Tengok pakaian pun dah tahu. Lagi lagi duk treat pesakit tu lah, pesakit ni lah. Hish, x terjaga sangatlah. "

Najmi : " Aku x setuju korang cakap gini. Tu dah macam pukul rata. Jangan sebab segelintir yang x baik, semua angkatan jururawat se-Malaysia kita labelkan macam tu. Aurat mereka di hospital tu ada hukum khusus. Boleh buka bila rawat pesakit jika darurat, kena tutup after rawatan. Kalo bukan adanya jururawat, siapa yang nak tolong doktor? Siapa yang nak peduli pesakit buang air? Tidak bermakna bila jururawat sentuh pesakit lelaki, itu dinamakan tidak terjaga. Sempit pandangan tu. Sentuh bukan suka suka, sentuh untuk rawat dan cuci luka. Bukan sentuh untuk menggatal. Kadang kadang yang menggatal adalah pesakit lelaki. Nurse ni banyak kerja dan penat. Takde masa nak menggatal pun. "

Amar dan Zainal terdiam sekejap.

Najmi : " Takpelah. Aku pun dah nak  balik dah. Isteri aku dah datang tu. Dia kena balik hospital. "

Kelihatan seorang gadis cantik berjalan ke arah mereka. Berpakaian sempurna. X ada pun x tutup aurat. Sampainya dekat mereka, didekatinya Najmi.

Najmi : " Kenalkan ni isteri aku. Maaf, aku didik dia x tengok lelaki lain kecuali bertugas. So, dia tengok aku je. Satu lagi aku nak cakap, actually tugas mendidik adalah tugas suami. Bukannya isteri yang bimbing suami. Terbalik. Suami x patut goyang kaki dan harapkan isteri dah solehah. So, x perlu didik sangat lagi. Mendidik adalah proses sepanjang hayat. Solehah atau x seseorang isteri itu bergantung pada kesungguhan suaminya untuk jadi soleh. Ok, maafkan aku kalo aku salah cakap. Assalamua'laikum. "

Amar dan Zainal menjawab salam dan menyambut huluran tangan Najmi. Ditinggalkan mereka berdua terkebil kebil.

#MuhasabahDiri#












^_^






Sunday, July 20, 2014

12 Hikmah Nikah

Assalamua'laikum



1) Bukti taat kpd Allah & RasulNya. Kata Nabi : "Nikah itu sunnahku. Siapa yg membencinya bukan umatku."

2) Nikah itu tanda kefitrahan makhluk Allah.

3) Dgn menikah akan meraih nilai murni "nisfaddin" [separuh agama], separuhnya lagi adalah bertakwa kpd Allah s.w.t.

4) Menikah itu menjaga mata & kemaluan.

5) Semua menjadi halal & berkah dlm pernikahan, seperti ciuman yg haram menjadi halal penuh pahala.

6) Nikah itu membuka pintu rezeki. Allah berfirman : "Kalau kalian fakir, nescaya Allah bukakan utk kalian pintu kurniaNya" [An-Nur, 32]. Nabi berkata : "Segala sesuatu ada pintunya, dan pintu rezeki adalah nikah".

7) Nikah itu damai, tenang, aman & bahagia.

8) Nikah itu wariskan barisan generasi muslim yg soleh & solehah.

9) Nikah itu menumbuhkan semangat bersyukur kpd Allah krn indahnya nikah & berkeluarga.

10) Nikah itu selamat dari penyakit & fitnah sosial.

11) Nikah itu menyambung hubungan keluarga dgn keluarga baru.

12) Nikah itu sebahagian dari syiar Islam.








^_^





Tuesday, July 8, 2014

Sunday, July 6, 2014

Hidup Ini Penuh Pilihan

Assalamua'laikum


HIDUP INI PENUH PILIHAN

*pinjam anak tuan rumah sattt

Kita boleh MEMILIH untuk terus lena dibuai mimpi atau bangun mengejar IMPIAN

Kita adalah apa yang kita PILIH

PILIHAN kita hari ini adalah HIDUP kita hari esok

KEHIDUPAN kita hari ini adalah PILIHAN kita tempoh hari

KEHIDUPAN penuh dengan PILIHAN dan IMPIAN, tapi bukan semua orang sanggup bersusah untuk mencapai IMPIAN

HIDUP adalah satu pilihan, sedang MATI adalah pasti







^_^




Tuesday, June 24, 2014

Surat Wasiat?

Assalamua'laikum

Ke hadapan bakal suami anak aku...

Peraturan satu : Kalau kau sampai rumah aku, jangan kau nak hon sembarangan melainkan kau masuk, tekan loceng dan beri salam. Wajib hadap muka aku dan nyatakan apa hajat ke mari.

Peraturan dua : Jangan kau nak bonceng anak aku lagi melainkan aku duduk di tengah tengah atau anak aku yang bawa motor, aku duduk di belakangnya. Kau di belakang sekali.

Peraturan tiga : Kau jangan nak pegang atau cium anak aku, di depan atau di belakang aku. Kau boleh pandang dia, hanya paras muka saja. Jangan mata kau nak merayau lebih lebih. Kalau mata dan tangan kau x boleh jaga, aku boleh tolong jagakan.

Peraturan empat : Aku rasa kau ni hensom dan popular, tentu ramai pompuan tergila gilakan kau, aku x ada hal punya selagi anak aku ok. Tapi selagi kau couple dengan anak aku, kau jangan berani pandang pompuan lain selagi anak aku belum jemu dengan kau atau dia break off dengan kau. Kalau anak aku menangis, aku akan buat kau menangis. Dengan azab yang amat pedih.

Peraturan lima : Kau tentu nak kenal aku dengan lebih dekat. Biasalah nak sembang pasal ekonomi, politik, sukan atau isu semasa. Aku x berminat nak dengar. Yang aku minat satu saja. Bila kau nak hantar anak aku balik? Jawapan yang aku nak dengar : awal!

Peraturan enam : Kau mesti pakai protection bila nak bersama anak aku sebagaimana yang dikempen hebat di media massa. Kalau x, kau akan kena AIDS. Sukacita aku nak ingatkan di sini, akulah protection untuk anak aku dan jangan kau berani nak sentuh anak aku selagi belum diakad. Niat pun x boleh! Kerana aku akan mendatangkan azab yang amat pedih ke atas tubuh kau.

Peraturan tujuh : Sementara menunggu anak aku bersiap, kau jangan nak mengeluh lambat. Kalau kau nak punctual, kau boleh dating dengan mat komando. Kalau boring menunggu kat luar, sila buat apa yang patut, basuh keta aku atau cabut rumput.

Peraturan lapan : Tempat tempat yang dilarang sama sekali kau orang pergi dating ; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa apa tempat yang boleh duduk duduk atau baring baring. Tempat tempat yang x ada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat tempat yang gelap. Tempat tempat yang membolehkan kau orang berpegangan tangan, menari atau bersuka ria. Tempat tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai T-shirt x ada lengan, pakai mini skirt atau hot pants. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantik, cium cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur, azab neraka atau hari kiamat sangat digalakkan.

Peraturan sembilan : Jangan sesekali menipu anak aku apalagi aku. Aku tau semua pergerakan kau daripada spy spy aku. Dia orang tu bekas perisik komando. Kalau aku tanya apa, kau hanya ada satu peluang aje. Bercakap benar. Tak ada yang tak benar melainkan benar belaka. Kat belakang rumah aku, ada tanah tiga ekar, kalau aku ikat kau kat pokok atau kau hilang dalam hutan tu, x ada siapa nak tanya. Jangan main main dengan aku. 

Peraturan sepuluh : Kau patut takut dengan aku. Lebih baik kalau sangat sangat takut. Aku ni dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong. Jadi kalau orang datang rumah aku, bersembang senyap senyap di depan rumah, aku mulalah cuak. Nanti aku suruh guard aku tembak sebab aku ingat komunis manalah ni. Nanti dah habis dating, buka pintu kereta, angkat tangan tinggi tinggi dan jerit kuat kuat " saya hantar anak tuan pulang. " Lepas tu terus blah. Jangan nak berlama lama dengan anak aku. Jangan harap nak good night kiss atau hugs atau kisses. Kalau kau ternampak kilauan di tingkap rumah aku, itu ialah teropong senapang sniper aku.

Peraturan sebelas : Sangat digalakkan dating dalam rumah saja, di ruang tamu dengan aku duduk di tengah tengah. Isu yang boleh dibincangkan bebas kecuali isu yang membangkitkan hawa nafsu atau meransang syahwat. Lebih afdal, semasa berbual, kau urut betis aku.

Peraturan dua belas : Kau kena adakan pemeriksaan kesihatan yang ketat sebab aku nak pastikan kau sihat, kuat dan bebas daripada sebarang penyakit. Aku nak kau tiptop untuk anak aku kerana anak aku sangat tiptop... Segala ratu di dunia semua TKO dengan anak aku.

Peraturan tiga belas : Kau jangan jadikan anak aku hamba abdi. Jadikan dia sebagai ratu. Jangan suruh dia memasak atau buat kerja rumah. Itu tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Tapi kalau dia nak buat, x apa.

Peraturan empat belas : Kau jangan jatuhkan tangan kau ke atas anak aku. Kalau kau ada apa apa aduan x puas hati dengan anak aku, sila beri laporan. Aku akan ajar anak aku.

Peraturan lima belas : Kau jangaan harap nak madukan anak aku, kenyit mata kat pompuan atau simpan pompuan lain. Kalau aku tau, kau buat macam tu, kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Amaran paling keras, kau jangan buat anak aku menangis sedih. Menangis gembira, x apa.

Peraturan enam belas : Tertakluk kepada perubahan dan mood aku. Bila bila masa aku boleh tambah atau ubah isi perjanjian ini.

Jika kau setuju, sila sign dan turunkan sepuluh cap jari tangan kau. Jika x setuju, kira hajat kau, aku tolak. Muktamad. Segala rayuan, surat menyurat, telefon, e mel dan twitter takkan dilayan.

Sekian, daripada bakal bapak mertua kau yang belum tentu jadi.


Firman Ebrahim [Ananda Everingham]
ILUS/MyPI





^_^





Tuesday, June 17, 2014

Keutamaan Mencari Rezeki Halal

Assalamua'laikum


Nabi S.A.W bersabda : " Siapa yg mencari dunia yg halal utk mencukupi keperluan jgn sampai meminta minta, dan berusaha utk anak & keluarganya & utk membantu tetangga maka akan dtg pada hari kiamat sedang mukanya bagaikan bulan purnama, dan siapa yg mencari dunia yg halal utk memperbanyakkan & berbangga bangga & bermuka muka, maka akan menghadap kpd Allah pada hari kiamat sedang Allah murka kpdnya. "






^_^





Friday, May 23, 2014

Antara Yang Dilarang Nabi S.A.W

Assalamua'laikum


Salam Jumaat :)

  • KELUAR DARI MASJID selepas azan, kecuali setelah selesai solat wajib (hukumnya makruh).
  • SOLAT SUNAT setelah iqamat sudah dilaungkan (hukumnya makruh).
  • LALU DI HADAPAN orang yang sedang solat.
  • MENUNJUK SENJATA kepada orang lain dengan senjata sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh. Dikhuatiri... "syaitan melonggarkan pegangannya lalu menyebabkan dia berada di lubang neraka," kata Nabi s.a.w.
  • MEMINANG POMPUAN yang sudah dipinang orang lain.
  • SORANG POMPUAN memberi syarat agar madunya diceraikan.
  • MENJUAL BARANG kepada seseorang yang sedang berurusan hendak menjual barang yang sama kepada orang yang sama (berniat merosakkan jualan orang lain).
  • MENAIKKAN HARGA sedangkan sebelum ini satu harga sudah dipersetujui bersama.
  • MEMBELI BARANGAN yang masih dalam perjalanan ke pasar (belilah setelah ia dibawa ke dalam pasar).
  • ORANG BANDAR menjadi orang tengah bagi menjual barangan orang kampung.
  • POMPUAN BERKABUNG atas kematian seseorang lebih dari 3 hari (kecuali kematian suami, boleh berkabung selama 4 bulan 10 hari).
  • MEMBUANG AIR KECIL dalam air yang tidak mengalir.
  • DUDUK di atas kubur.


Wallahua'lam...







^_^





Tuesday, May 20, 2014

Cinta Perisa Dia

Assalamua'laikum

Kalau cinta ini asid,
Larutlah aku merinduimu...

Kalau cinta itu teruja
Jantung yang berdegup kian kuat ritmanya.
Kalau cinta itu amarah,
Maka jangan kau adili aku pada saat itu.
Kalau cinta itu pesona,
Mampukah kau setia hingga ke akhir waktu?
Kalau cinta itu lagu,
Maka nota muziknya tertulis cantik dan merdu.
Kalau cinta itu keliru,
Maka sesatlah aku mencari kasihmu.

Kalau cinta itu harapan,
Janganlah hilang sebelum nyata.
Kalau cinta itu hadiah,
Mengapa kau mengambil semula setelah memberi?
Kalau cinta itu usaha,
Pasti markahku cemerlang dan boleh dibanggakan!
Kalau cinta itu pilihan,
Antara a, b, c dan d... mengapa kau memilih e?
Kalau cinta itu malapetaka,
Gempa bumi ini bilakah akan berhenti?


Yang penting, cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit.

#CopyPaste #CintaPerisaDia #LynnDayana

Aku bagi 10/10. Best sangat!

Penulis: LYNN DAYANA 
Harga: RM21 sm, RM24 ss

psttt: Kepada yang pinjam novel ni, tolong kembalikan. Dah masuk setahun pinjam, takkan tak habis baca lagi? 






^_^





Tuesday, April 29, 2014

Kehidupan Saya, Sem 4

Assalamua'laikum


1) Duk asrama Faraby. Dapat rumah di blok C. Tingkat 4. Rumah no 8. Bilik B. Kesimpulannya = C 4-8 (B). Penat nak mampuih ulang alik dari tingkat bawah ke tingkat 4! T___T Tapi, berat tak turun :'(

2) Roomate, 2 orang ja :D Sorang Perak, i pulak belayar dari Sabah

3) Housemate, 7 orang. Perak. Kelantan. Terengganu. Selangor. Melaka. Pahang.

4) Keadaan cuaca : time panas, memang panas yang teramat. time sejuk, rasa macam berada kat Kutub Utara

5) Asal xda program ja time hujung minggu, jangan cari i kat asrama. Memang takkan jumpa! Habiskan masa round 1 Malaysia :p

6) Masuk sem 4 ni, i dah bertekad taknak kelas jam 0800 am ( jadual susun sendiri ), tapi... akhirnya... i dapat 3 kelas yang start jam 0830 am. kiciwa hati den :(

7) Sem 4 memerlukan banyak pengorbanan berjihad, terutama berjihad time nak naik bas

8) Sem ni, ambik 19 jam kredit. insyaAllah, doakan saya ^^

9) Skang ni, berjihad lawan sikap malas. Rasa sangat teruk sem ni, asyik escape kelas. huhu o.O

10) I tak suka tapau makanan, kengkadang boleh hilangkan selera makan. Kalo makan kat medan belakang, komprom akan duduk dekat ngann kipas besar

11) Suka pandang dorang dorang yang lain jantina, terutama yang sedap mata memandang. Konon konon menghayati keindahan ciptaan Allah ( padahal banyak lagi keindahan yang Allah beri boleh ditengok ) saja, gatal lebih

12) ok, tu ja. bye!






^_^




Monday, April 14, 2014

S To The A To The H To The A To The B To The A To The T

Assalamua'laikum

"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan
Bukan terletak pada manisnya ucapan di bibir
Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya..." -Imam alGhazali

Friendship is not how u forget, but how u forgive
Not how u listen, but how u understand
Not how u see, but how u feel
Not how u let go, but how u hold on

P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N
X akan cair dimusim panas
X akan beku dimusim dingin
X akan luruh di musim hujan
Tapi akan sentisa mekar
Walaupun bukan dimusim bunga

Jangan sesekali tinggalkan kawan untuk memiliki cinta seseorang...
Cinta boleh DICARI tapi kawan tiada GANTI 😱

Sahabat yang baik itu satu anugerah, x perlu yang berserban mahupun yang berpurdah. Cukuplah yang selalu mengingati Allah dan membimbing kita ke jalan Allah. Jika menemui sahabat seperti ini, hargailah dia sebaiknya 😃

Kita kawan biar ikhlas...

Tapi, kadang kadang yang kita panggil kawan tu lah yang kita x boleh nak percaya sangat

Khas buat si dia sahabatku yang banyak bersabar, terasa hati, menjaga hati aku dan yang sewaktu dengannya...

Aku telah pun sedaya x melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin berderai bagailan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku...

Oh Tuhan...
Tunjukkan ku jalan untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkanku kerana melukaimu
Moga ingatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya...

Rasa takut kehilanganmu
Kini menjelma menjadi nyata
Ku x bisa menghindar...
Kata maaf x bisa menebus
Atas segala khilafku padamu
Kau merasa dibonekakan
Kau putuskan untuk pergi...
Ku coba tersenyum saat kau pergi
Meski lara hati menangis melepasmu
Andaikan kau tahu, kau sahabat yang sebenar benarnya S.A.H.A.B.A.T
Ingin rasanya aku memelukmu tuk terakhir kali sebelum kau pergi
Namun ku takut x mampu menahan air mataku...







😔😔😔😔😔😔




Monday, March 17, 2014

Masalah Hati

Assalamua'laikum

Ujian ALLAH bukan hanya melalui musibah yang ada kini, malah masalah hati juga adalah ujian daripada Allah untuk kita.

Dalam banyak-banyak ujian, masalah hati adalah yang sentiasa menjadi satu permasalahan yang ketara di mana ; kerana hati, jiwa boleh hidup dan melalui hati juga jiwa boleh mati.

Kerana masalah hati juga boleh menjarakkan hubungan dan mampu mengeratkan hubungan.

Tapi tu x penting sebab lagi baik kalau lupakan saja dulu permasalahan hati kerana masalah di dunia kini lebih penting :)










^_^





Monday, March 10, 2014

Touced. Semoga Mereka Selamat. Ameeen

Assalamua'laikum



MH370...
Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan
Tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
Saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
Tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan yang terbaik
Saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
Tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
Kami sedih kehilangan MH370
Tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
Kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat
Kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
Atau terbangkan kamu ke Beijing
Seluruh dunia menanti khabar kamu
Saya harap kamu baik-baik sahaja
Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
Tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
Hari ini semua orang menanti kamu
Hari ini dunia risaukan kamu
Hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
Ada jiwa yang menanti anaknya
Ada jiwa menanti suaminya
Ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
Ada jiwa menanti isterinya
Ada jiwa menanti ibunya
Ada jiwa menanti ayahnya
Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
Tetapi darah kami sama
Merah pekat warnanya
Kasih sayang kami sama

Tuhan,
Dengan cinta dan rahmat-Mu
Temuikan MH370 segera
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya
Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
Sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga
Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapapun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetap mengalirkan darah yang sama
Baik kalian diam dan bacalah cuma
MH370 muncullah kamu segera
Kami semua akan bersedia


c/p

Ya Allah Ya Tuhanku, jika ia di langit, turunkanlah... Jika ia di laut, timbulkanlah dan jika ia di darat, tunjukkanlah







:'(




Wednesday, March 5, 2014

P.E.P.E.R.O

Assalamua'laikum



H.A.L.A.L atau T.A.K  H.A.L.A.L ???








^_^





Tuesday, February 18, 2014

Anekdot Sang Merpati

Assalamua'laikum

Anekdot 1 = Ini kisah sang merpati. Seekor burung yang tidak pernah menduakan hatinya. Adakah si merpati suka berganti pasangan? TIDAK! Ia tetap setia dengan satu pasangan ke akhir hayatnya.

Anekdot 2 = Walau sejauh mana ia terbang, sang merpati tidak pernah sesat mencari jalan pulang. TIDAK! Ia tidak akan sesat kerana ia cukup menghafal jalan untuk kembali.

Anekdot 3 = Sifatnya romantis. Perhatikan tatkala merpati jantan berlagu-lagu memberi pujian, sang betina akan tertunduk malu. Pernahkah ia saling mencaci? TIDAK!

Anekdot 4 = Si merpati memahami apa erti kerjasama. Apabila membuat sarang, si jantan dan betina silih berganti terbang mencari ranting. Apabila sang betina mengeram, si jantan berjaga di luar sarang. Pernahkah melihat sang merpati saling tidak mempedulikan tanggungjawabnya? TIDAK!

Anekdot 5 = Sang merpati si burung yang tidak punya hempedu. Oleh itu, ia tidak menyimpan kepahitan sehingga membawa kepada rasa dendam. Kenalkah ia dengan perasaan sebegitu? Sudah tentu TIDAK!

Jika si merpati yang hanya seekor burung kecil mampu melakukan perkara di atas, kenapa tidak kita pun begitu juga?







^_^




Wednesday, February 12, 2014

Ariz Lufias

Assalamua'laikum


Barber Shop in Singapore >curi gambar dekat pesbuk!<

Otakku takkan pernah berhenti
Pun tak pernah mati
Memikirkan kau di dalam hati
Jantungku selalu berdetak cepat
>Andra & The Backbone<

Ohhh pujaan hatiku! haxhax... XD geli geleman sendiri o.O
Aku memang suka sangat tengok Ariz Lufias ni. sedap je mata memandang. senyum pun manis. buat mimik muka macammana sekalipun tetap manis. memang buat aku tak senang duduk ar. :p memang dah tahap angau dah aku ni! purrr meow! >,<

yuksss! alama', terlebih sudah! sejak seminggu ni aku asyik duk belek pesbuk, twitter ngan blog Ariz, tu yang tetiba terjatuh hati pulak ngan dia. fakta ok, bukan auta! bila aku search kat google, ramai pulak yang abadikan Ariz Lufias dalam blog memasing. *jeles tetiba






^_^




Saturday, February 1, 2014

O,O

Assalamua'laikum

S.A.H.A.B.A.T
"lucky to have, hardly to get,
once it flows with wave, i bet u'll be regret"






^_^





Tuesday, January 28, 2014

Tiba Masa Untuk Menjalani Kehidupan Yang Lebih Baik

Assalamua'laikum

Hye semua :)

Ingat lagi time sem 2 dulu, selalu turun naik penimbang di Tesco sebab masa tu lah permulaan berat badan aku naik. Dari 41kg naik ke 45kg. ok, steady! alahhh, setakat naik 3-4kg tu... xde hal lah. rilex jerrr... *DasarKurangKesedaran muahahaha

masuk sem 3, haaa... hambik kau! naik lagi 3kg. otomatik aku masuk golongan 'terlebih berat' T__T skang, berat aku dah 48kg. mungkin bagi korang 48kg tu masih di area yang selamat tapi bagi aku yang ketinggian just 146 ni... itulah permulaan kehidupan yang tidak bercahaya apabila tergolong dalam group "berat badan yang bahaya" :'( tsskkk, sedih i k!

bila kawan kawan dapat tau berat aku, dorang sendiri x caya ok. kecik molek je tetiba berat masuk golongan obese! hoho. lemak aku pandai nyorok k, tu yang korang x tau.

Ukur berat dan tinggi korang guna formula ni :

          





Nota sampingan ( c&p ) :

1) Kebuluran/Kurang Berat
-kurang kalori yang diperlukan, mempunyai penyakit tertentu seperti cacing dalam badan, terlebih minum minuman beralkohol atau jadual makan yang x teratur

2) Normal
-tinggi dan berat yang ideal. T.A.H.N.I.A.H!!! :D

3) Obese 
-pengambilan kalori yang berlebihan berbanding kadar tenaga harian yang diperlukan ; berisiko dapat penyakit berbahaya. nauzubillah :(


Bagaimana pula dengan korang? Adakah korang tergolong dalam golongan yang ideal atau kurang ideal ataupun terlebih ideal? ...




So, bila dah tergolong bahaya tu... cepat cepat aku insaf. tobat. Azam 2014 ni, nak kurangkan berat badan and menjalani kehidupan yang sihat + tambah amal ibadah. Jalan penyelesaian, HERBALIFE

Alhamdulillah, dalam masa seminggu ni aku ikut arahan coach... takde pantang makan, banyakkan minum air putih dan hasilnya...


Taddaaa

 Dalam masa 4 hari, berat aku turun 1kg. Alhamdulillah sangat sangat :)

Sebelum ni, adalah 1-2 kali jogging dalam seminggu. Tapi, berat badan tetap sama. x turun pun. *kiciwa . salah aku juga sebab xde breakfast, pastu makan 2 kali ganda time tengah hari dengan perut kosong.

lepas guna produk HerbaLife ni, alhamdulillah... jadual makan teratur, dapat tenaga yang diperlukan. time dalam kelas tu, memang jarang sangat dah mengantuk. kalo dulu, baru 15 minit syeikh mengajar kat depan, otomatik mulut menguap, mata pulak buka tutup and last memancing... now, xde dah camtu. alhamdulillah :)


Shake HerbaLife *Formula1 ni adalah produk asas untuk turunkan berat badan. F1 ni juga bekalkan nutrisi kepada sel sel badan kita supaya kekal sihat dan bertenaga. Fisrt time mencuba, aku pilih perisa stobery yang bagi aku 2 in 1 sebab stobery ni boleh cantikkan kulit. Sape sape yang ada jerawat or nak hilangkan parut jerawat macam aku sesuai ambik. Semalam, ada 1-2 jerawat otw muncul d pipi. Alhamdulillah, lepas calit F1 ni kat muka... jerawat terus kecut. Haaa, takut jugak engko dengan shake stobery wahai jerawat! insyaAllah, dalam seminggu dua camtu hilang parut jerawat. insyaAllah :)


So, korang korang sume yang mempunyai masalah macam aku... jangan malu jangan segan untuk bertukar tukar cerita dengan aku. insyaAllah, semua masalah ada cara mengatasi :) 

Adakah anda ingin sihat? Nak tahu kesan HerbaLife lagi? ASK ME HOW! :)

nouradieb@gmail.com




p/s : lama x update blog. tetiba muncul promote HerbaLife. hee :)






^_^




 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb