Sunday, March 19, 2017

Real Mermaid Found Alive in Malaysia

Assalamua'laikum


Ini bukan kisah mermaid The Legend of The Blue Sea sesat kat Malaysia. Langsung takda kena mengena. Kisahnya bermula begini...

Alkisah... toyyib 
Alkisah maka tersebutlah kisah... toyyib
Sang kancil datang beramai-ramai mengadap ke bawah duli yang mulia sultan Firaun...

MANA FIRAUN PAKAI SULTAN!

Eh eh, dah melalut sampai ke sultan Firaun dahhh 😂

Hari kedua pula adalah hari untuk island hopping. Aktiviti island hopping di bawah pakej tempat penginapan kami. Bot 🚤 pun amik private punya. Tak mau la share 😜

Naik bot tu, kena pakai jaket keselamatan. Seronok, seronok juga. Bab keselamatan jangan sesekali diabaikan. Ingatlah orang yang menyayangi anda!

Tempat pertama yang dituju adalah Tasik Dayang Bunting. Diberi nama Tasik Dayang Bunting sebab kat tasik tu ada gunung yang berbentuk pompuan mengandung

Sebelum turun dari bot, abang bot tu suh ingat nombor bot. Penting supaya tak sesat masuk ke bot lain. Pastu, kami diberi masa selama sejam di Tasik Dayang Bunting. Jauh juga otw nak pi tasik tu. Turun naik tangga. Monyet 🐒 pun banyak 😱

tak buka life jacket sebab abang bot tu cakap; 'ada gunanya nanti'. Yalah tu bang 😒 Bayar RM5 sorang untuk bawa turun life jacket tu

dah lupa tentang batu bersejarah ni. korang search la sendiri 😏

Sampai ja kat tasik tu, wahhh!!! Hijaunya air 😱 Air tawar di sebalik air masin. Macam-macam aktiviti air boleh buat kat sini. Kayak boleh, jet ski boleh, jadi duyung pon boleh! Aku ni jenis yang takut nak masuk air. Aku terbayang kalau aku jadi duyung kang ada hantu air 👻 tarik kaki aku. Sadis kan! Sebab kami adik-beradik tak digalakkan aktiviti air ni. Nak join island hopping ni pon jenuh nak pujuk parents aku. Nasib baik dapat izin 😁

Nak masuk dalam tasik ni, memang dagdigdug juga irama jantung. I is can't la bab air ni 😂 Memula, si Mal yang masuk. Dalam lima enam minit gitu, baru aku join Mal. Hati kena sado beb 💪 Pastu Nuget pon join kami. Kyra masih berfikir lagi nak masuk ke idok. Last2 dia join. Kyna dengan Mira jadi tukang gambar dari atas 📷 Bermulalah episod kami jadi mermaid di Tasik Dayang Bunting. Mermaid yang tak pandai berenang 😂 harapkan lif jacket ja 

Kami berempat memang tak boleh pisah, takut lari jauh 😂 sentiasa berpaut antara satu sama lain
Nak naik balik ke atas, budak kecik yang tolong kami berpaut kat tangga 😂 Malunyaaa
Tak sedar rupanya nak dekat 2 jam kat tasik ni 😄 

Destinasi seterusnya adalah Pulau Beras Basah. Jeti nampak usang, tapi pantainya... subhanAllah cantikkk sangat. Macam kat tasik juga, kami diberi masa selama sejam tapi gerenti lebih sejam 😁

Sambung lagi mandi-manda jadi mermaid kat Pulau ni
bye Pulau Beras Basah 😉

Destinasi terakhir untuk island hopping adalah eagle feeding. Masa kami sampai tu, helang-helang dah kenyang. Malas depa nak layan kami. Abang bot terangkan tentang Eagle Feeding dan info macam mana Langkawi diberi nama. Nak tahu lebih lanjut, boleh pi sini ➡ Eagle Feeding Langkawi

Nasib baik pakaian sempat kering sebelum naik ke darat. Takda lah basah dalam keta nanti. Ok, tamat sudah kisah mermaid Malaysia 😜






32 comments:

  1. hahaha amboi sakan noh mermaid-mermaid ni pergi island hopping.
    bestnya jalan2 dengan kawan2. Air dia bersih tak? cuak juga nak masuk mula2 kan sebab kaki tak jejak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersih 👍👍👍 cuak giler bila kaki x jejak apa pun. berpaut dgn kawan ja 😂

      Delete
  2. Kak ana dulu dpt berendam dlm tasik tu pun sampai tak Ingat dunia. Huhu. Sampai kecut lah tangan kaki. Bila nak naik tak larat nak panjat tangga sebab penat berendam. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah naik atas darat tu, terasa berat ja sebab basah 😂 nak lari dari monyet pun, tak dapat

      Delete
  3. wow best juaaa

    tapi kalo cuacanya panass hantap, memang pikir byk kali kan main air pantai eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. panas nda panas, tatap jadi mermaid 😂 bukan selalu kan 😉

      Delete
  4. Last kami berjalan smpi ke Pualu Dayang Bunting ni masa anak sorang . Itupun usia dia baru setahun lebih kot. Memang jauh berjalan...naik tangga and lepas tuh banyak monyet. Gaduh berebut makanan. HAHAH! ape pun, langkawi antara tempat dalam Malaysia ni yang akak nak pergi lagi dan lagi. Seronok sebab area dia tak besar sangat and ada pantai juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, rasa nak pegi lagiii 😁 dah siap2 sorok barang dalam beg, kang monyet rebut plak 🐒

      Delete
  5. Tudiaaaa.. mermaid ke dugong-maid heheheheh .. joking2 :3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mermaid ori tawww 😏 takda mix dugong 😂

      Delete
  6. Hakak beberapa kali jugak pergi Langkawi ni Nour tapi tak sampai sampai lagi kat Dayang Bunting hihi.... Seronok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sngt kak 😄 memula cuak juga, tapi bila dah jadi mermaid tu, rasa seronok ja

      Delete
  7. Waaahhhhh syoknyaa!!! Last pergi entah zaman bila, masa tu kecik lagi. Dalam kan tasik tu? Samalah kita, xreti berenang. Harapkan life jacket je lah nak kuak lentang ke kuak kupu-kupu ke. Hahahahaha... Rindu langkawi. 🙆💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam sngt, kaki x cecah apapun 😂 ramai juga yg x reti berenang time tu, tu yg berani masuk jadi mermaid tu

      Delete
  8. bestnya jalan2x kat sini. hope dapat ke sana juga. baca tajuk tadi ingatkan ada mermaid betul. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga impian GV nak pi Langkawi tercapai, ameeen. betullah mermaid tu, tapi mermaid yg ada kaki 😂

      Delete
  9. Wow bestnya.. cantik sangat laut dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 tempat tu memang cantik kak 😍

      Delete
  10. tabah betul kalian berlife jacket..tak panas ke.huhuhu. Saya pun x pandai berenang, tapi suka gi holiday tempat banyak air macam ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x panas sebab basah 😂 lagipun ada angin sepoi2 bahasa

      Delete
  11. bayak2 tmpt kt langkawi kt sini je yg belum sy jejak...memang teringin... tp lom ada rezeki lg kot... tampak seronok ya bla dpt berendam ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 hari nanti anies ke sini plak 😄 syiok gilerrr berendam dlm tasik tu. tapi menakutkan jugalah 😂

      Delete
  12. haa.. tu la duyung nye.. hee~ comel2 belaka..

    ReplyDelete
  13. wah bestnya island hoping kat langkawi

    ReplyDelete
  14. lama tak ke sini.. dh deliver ke dayang tu? ehhh hahaha melalut

    best kalau mkn angin dgn kwn2. rasa xmau balik 😄😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kalau dgn kawan2 yg sekepala kan 😄

      Delete
  15. Cantiknya pantai kat situ,.. :)

    ReplyDelete
  16. Wowpegi langkawi...beras basah island? Byk x beras kat island tu 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasir ja yg banyak 😂 tapi kalau ikut cerita... kalau air di pantai beras basah tu kering, akan timbul batu yg bentuk macam beras 😉

      Delete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb