Thursday, May 11, 2017

You Are My Eyes

Assalamua'laikum

Ini kisah cinta Khun Nu dan Khun Lada 💑

Kerana tak tahan asyik diekori oleh bekas tunang dan asyik dibelasah oleh isterinya yang menganggap dia pengganggu rumahtangga mereka, Nathlada membawa diri ke satu kampung nelayan. Otw ke kampung tu, dia berhenti kejap di atas jambatan sambil melayan perasaan 😞 Kerana terlalu stress, dia memanjat jambatan tu walaupun tahu perbuatannya tu membahayakan nyawa.
Nilah isteri kepada ex-tunang Nathlada. Sakit hati dengan watak nenek lampir ni 😂

Kupendekkan cerita, di atas jambatan itulah pertemuan pertama mereka. Kerana salah faham, Chit ingat Nathlada ingin membunuh diri dengan terjun dari atas jambatan tu. Pada mulanya, memang Lada marah bebenor tapi melihat keadaan dirinya, Lada jatuh kasihan. Dengan berpakaian nelayan yang lusuh dan membawa beberapa ekor ikan, Lada andaikan yang ikannya tak laku hari ni. Sejak tu, dorang seringkali bertemu tanpa sengaja, tanpa dirancang.
Pertemuan pertama

Chit mencari teman untuk menjaganya ketika berada di France nanti. Akhirnya, Lada bersetuju mengahwini dia dengan niat untuk membantu dia sembuh memandangkan sebelum ni dia pernah menyelamatkan nyawa Lada. Chit, seorang lelaki yang BUTA MATAnya akibat kemalangan. Sebelum ke France, dia membawa Lada ke satu tempat yang indah umpama sebuah istana. Semua orang di situ memanggilnya 'Khun Nu' tetapi Nathlada mengenalinya sebagai 'Chit'.

Rupa-rupanya, dia bukan seorang nelayan yang hidup miskin dan tinggal di pondok buruk seperti yang Lada fikirkan selama ini tetapi dia adalah anak tunggal kepada Lord Ronnachai-Chisanu dan Lady Masrasami.

Mit yang suka dan berangan nak jadi bini Khun Nu 😒

Khun Lada tidak disukai oleh isteri peguam keluarganya kerana telah mengganggu rancangannya yang ingin menyatukan anaknya, Mit dengan Khun Nu. Lizzy, ex-girlfriendnya pula muncul menghuru-harakan rumahtangga mereka.
Khun Lada belajar memasak makanan kegemaran Khun Nu 😍

Panjang lagi kisah si Khun Nu dengan Khun Lada ni, better kamu layan drama dorang. Best gila 👍👍👍 Time aku layan drama ni, ngam-ngam ada roommate si Mira yang seiras dengan Khun Lada 😄

Menyibuk ja si Lizzy ni. Tak sedar diri dah jadi bini orang! Khun Nu jadi buta pun sebab dia curang dengan lelaki lain yang kononnya kaya 😒

Pandangan tajam Khun Lada. Time ni Lada macam dah tersuka tanpa sengaja 😂

Pandangan pertama Khun Nu lepas operation mata 👀 Terus bertambah sayang dengan Khun Lada lepas tengok muka dia buat pertama kalinya 😄 Tapi, Khun Nu pura-pura masih buta 😂

Lizzy, macam nak cilikan ja muka dia tu 😠 Bikin sakit hati, tapi aku suka ending si Lizzy ni. Kah! Padan dengan dia yang hancurkan rumahtangga orang 😏


Tapi aku geram betullah. Kerana fitnah, Khun Nu dan Khun Lada bercerai! Ingat, dalam kehidupan kita ni benda yang paling membahayakan adalah fitnah. Dan, pandangan mata juga boleh menipu. Sebaiknya, selidik dulu sebelum mempercayai apa yang dilihat, apa yang didengar, apa yang dikhabarkan...

Drama Thailand You Are My Eyes ataupun Kaew Tah Pee ni pelbagai perisa, ada manis+tawar+pahit+masam+masin. Banyak yang lucu, tapi start yang fitnah tu automatik perasaan kau akan berubah. Dah hilang dah lucu tu entah ke mana.

Drama ni, aku bagi 10/10. Lagi-lagi memang aku minat dengan lakonan si Tik (Khun Nu). Alaaa, dia kan yang start famous time berlakon drama 'Soda and Ice Tea' dulu tu. Yang sekejap jadi Pattaya, sekejap jadi Patana tu 😂

Siapa yang pernah layan drama 'You Are My Eyes' ni?

8 comments:

  1. best layan cite Siam antaranya Make Me Shudder...mmg lawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, citer Siam banyak yang best, lawak 😍

      Delete
    2. baru teringat drama ni hahha bru layan separuh tp memang kelakar.. mamat tu memang buta betol eh? 🤣🤣 drama siam semua layan kalah drama melayuu

      Delete
    3. Memang dia buta lepas accident tu. Pastu dah operation, dia berlagak buta 😂 Konon nak uji si isteri

      Delete
    4. ohh yalah2 dia nk uji bini.. boleh tahan hensem hero tu. hahaha

      Delete
    5. Memang hensem pon 😘😍

      Delete
  2. macam best je citer nih, tapi ada yang fitnah2 tu memang tak bestlsh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak citer ni 😄👍👍👍 Tapi bab fitnah tu, memang bikin sakit hati sebab sampai bercerai 😠

      Delete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb