Friday, June 23, 2017

Pomade Buat Adikku

Assalamua'laikum

Adik lelaki aku aka adik bongsu aku aka satu-satunya adik lelaki aku, Qayum ni antara mereka yang suka pakai pomade. Time beli barang hari tu di CNF supermarket, aku nampak something yang macam pomade. Serupa tapi tak sama 😉 Timbul idea aku nak pi usik si Qayum 😏

Aku: Yum, sini dulu

Qayum dengan gaya macho tolak troli ke tempat aku.

Qayum: Apa?

Aku: Yum, ada pomade baru. Smart bah design nya. Tapi kocik ja la. Tapi puas hati, pastu comel bla bla bla 👍👍👍

Qayum: Mana? *sambil angkat sebelah kening macam Ziana Zain

Aku: tuuu naaa sanaaa *terus aku bawa dia pi tempat 'pomade' tu 😂



TADAAA 
😝😝😝

Kahkahkah!

Giveaway Raya by Mrs Pip

Assalamua'laikum

Nak join? Klik SINI


Kenangan terindah di bulan puasa? Banyak sangat 😂

Antaranya:

Aku dengan nakal berpisah tiada sejak dari kocik sampai dah cantik remaja ni 😜 Ketegaq, jadi tak kiralah bulan puasa atau di bulan yang lain ada ja yang aku buat boleh memeningkan palo otak mama bapa aku 😂

Ada satu malam time bulan Ramadhan, masa tu aku dah skola menengah. Sebelum nak pi terawih di masjid, aku ngan siblings pegi main mercun depan rumah. Ngam-ngam time tu my mom letak keta depan rumah.

Main mercun mancis, dah bakar terus baling. Ntah kenapa, mercun mancis yang aku baling tu cantik landing atas bumbung keta my mom. Haaa soddahhh! Kakak aku dah panik; "cari penyapu, cari kayu untuk kasi jatuh mercun tu" Mulut dia ja kepoh, bukan pi cari pun apa yang dia sebut 😂

Aku dengan yang lain kaku. Aku dah terbayang dah kalau meletup memang bocor la bumbung keta tu 😂 Tiktoktiktok akhirnya meletup mercun tu atas bumbung keta 😱 Nasib alarm tak bunyi tapi pelik juga awat alarm tak bunyi sebab keta my mom sensitive sikettt 

Lima enam minit lepastu baru pegi gitau my mom. Risau juga kena flying kick ke apa ke sebab keta tu beb. Kereta! Nasiblah takda apa yang serius, cuma kesan mercun tu menghodohkan keta my mom. Bekas mercun tu nampak macam kesan cat keta luntur. Nasib jugalah keta tu colour hitam 😂 My mom just geleng kepala. Sorry Mama 😖

Sekian kisah terindah aku di bulan puasa. Terindah ke? Kahkahkah! Ehhh, panjang rupanya yang aku taip 😂

Wednesday, June 21, 2017

Kisah Bapa And The Gang

Assalamua'laikum

Kisah 1: Durian

Tak tau la camna boleh muncul cerita pasal durian time iftar tadi 😂 Sebelum bapa pencen, bapa and the gang selalu pergi kursus atau seminar. Ada satu hari tu dorang pegi seminar di KK.

Berdekatan dengan hotel tempat dorang menginap, ada orang menjual durian. John Cena ( bukan nama sebenar ) ni memang hantu durian. Tak cukup dengan makan di gerai tu, sambung lagi makan di bilik. Nasib baik John Cena ni ambik bilik single. So, bapa and yang lain pun join makan durian dalam bilik tu 😂

Durian dah habis, tetiba John Cena pi buka tingkap bilik. *Cerita gantung, pastu bapa ketawa-ketawa. Aku pun dah curious. Why??? Dia nak kentut ka sebab perut penuh durian? Or nak sendawa kuat-kuat?


Pastu bapa sambung cerita...

John Cena: Kena buang ni kulit durian. Kuat baunya ( sambil tengok di luar tingkap) Takkan la... dia nak baling kulit dan sisa durian tu pi luar tingkap?

Pecah lagi ketawa bapa aku. Rupanya betul, John Cena nak buang ke bawah dari tingkap 😂 Ngam-ngam ja tong sampah besar lepak cantik di bawah area tingkap tu.

GEDEGANG!!!

Bunyi kuat sebab ngam-ngam time tu tong sampah kosong. Dah lah baling dari tingkat tiga 😂 Pastu tong sampah pula bukan jenis plastik, tapi yang macam zink tu. Memang kuatlah bunyi nyerrr 😂 Nasib baik bungkus dalam plastik, takda lah nak berterabur time baling pi bawah. Kah!


Kisah 2: Kepala Ikan

Time tu dorang bapa pegi Tawau untuk majlis hari guru. Time dinner, Mansor ( bukan nama sebenar ) booking kepala ikan ( lauk: ikan masak 3 rasa ). Tapi, hasrat tak tercapai sebab kepala ikan tu keras nak mampos! 😂

Mansor: Macam mana mau makan kalau keras macam besi ni? ( sambil ketuk-ketuk kepala ikan guna sudu )

Hilang selera nak jamah makanan yang dihidang, akhirnya dorang pi makan di kedai luar 😂 Ikan tu disyak dah digoreng awal pagi, tapi dihidang pada waktu malam 🐟


Happy ja bapa time throwback kisah lucu bapa and the gang. Bila orang tua kita happy, kita pun senang hati 😉

H A P P Y   F A T H E R ' S   D A Y ,  B A P A ! 
🎉😘

Sunday, June 18, 2017

Kuih Aiskrim

Assalamua'laikum

Setahun lebih dah aku duk di rumah lepas abis study, time puasa baru dapat makan kuih aiskrim 😂🍦. Pelik sikit aku kalau duk rumah, malas sangat nak berjalan sana sini. Tapi time di Kedah, asal hujung minggu ja mesti jalan 😂 Aku pun heran dengan perangai satu ni.

Sebenarnya, aku tak tau pun nama sebenar kuih tu. Main hentam ja panggil 'kuih aiskrim'. Satu petang ni, aku teman my mom pegi pekan terus singgah di bazar. Pusing satu bazar, eh eh nampak macam 'kuih aiskrim' ja. Baru aku tengok nama kuih tu. Ohhh, 'kuih jelurut' rupanya nama sebenar 😂

Bila nampak ja kuih ni, excited gila aku jadinya. Dah macam bebudak dapat Ribena pun hado. Nampak sangat perangai huduh 😂 So, aku beli satu bungkus yang isinya ada 4 batang 😍. Harga pula, aku tak ingat dah

Tadaaa 😄 Macam bentuk aiskrim 😂 Sila iyakan 😏

Kuih ni dibungkus dengan daun entah daun apa, teruknya aku 😂 Pastu, lilit-lilit dan terus lilit sampai ke atas, penghujung daun tu dikunci guna batang lidi supaya lilitan tak terburai 

Bahagian atas memang terbuka. Dah macam meriam 

Excited nak makan, rakus buka lilitan tetiba pap! Separuh dari kuih tu jatuh di piring. Gelojoh sangat nak makan punya pasal 😂

Aku tak pandai nak explain bab rasa, tapi kuih ni ada macam rasa kuih tepung pelita sikit-sikit, macam ada rasa kek lapis sikit-sikit... Tapi yang aku pasti, rasa kuih ni sodap hingga menjilat jari 😍👍👍👍


Saturday, June 17, 2017

Pagi-pagi Buta, Ketuk Pintu Bilik

Assalamua'laikum

Kenangan masa sekolah menengah dulu, aku tak ingat dah time tu form 2 atau form 3. Sekolah aku jenis sekolah berasrama penuh, memang wajib lerrr duk asrama.
6 tahun setengah menimba ilmu di sini, banyak kenangan suka duka 😍

Hari terakhir di sekolah sebelum nak balik ke kampung esoknya untuk cuti raya, kitorang memang tak tidur malam tu. Kengkonon nak habiskan masa bersama. Yang aku ingat ada Duratul dan Safinah. Kepala otak kami memang jenis nakal, ada ja idea luar kotak fikiran 😂

Dalam jam 2-3 pagi camtu, kami merayau di setiap tingkat (asrama ada 4 tingkat). Mencari bilik yang ahlinya dah nyenyak tidur (1 bilik 12 orang). Dah jumpa bilik yang berkenan, apalagi teruskan jalankan aktiviti nakal yang dirancang 😏

Ketuk pintu bilik dorang kuat-kuat, bila dah ada respon macam dorang terbangun marah-marah maki hamun baru kelam-kabut larikan diri 😂 Dah selamat, terus memasing terlepas ketawa mengilai. Takdo kejo, pagi-pagi buta pegi ketuk pintu bilik orang 😂

Tak tau la ahli bilik tu tau atau tak tu semua keja aku dan mereka yang nakal 😜

Korang ada memori nakal time puasa dulu? Kalau sudi, share lerrr 😉

Ohhh ya, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, blogger Elsa mencari mereka yang bertuah untuk dihadiahkan RM10 × 10. Maybe korang salah sorang yang bertuah 😄 Meh jenguk DI SINI 😉

Express Kad Raya GA by Nina

Assalamua'laikum

Klik SINI untuk join

Perghhh, nasib baik sempat join sebab GA ni tamat pada hari ni (18/06/2017) jam 6 petang. Kalau bertuah, kad raya Nina menjadi kad raya pertama yang aku dapat pada tahun ni 😁

Thursday, June 15, 2017

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Klik SINI untuk join


Username SGShop | NourAdieb
Id Blog | Nour Adieb
Facebook | Nour Adieb
Instagram | @nouradieb05

Jom join GA ni, manatau terselit rezeki antara kita 😉

أمين يا رب العالمين

Wednesday, June 14, 2017

Penutupan Kursus Jahitan Baju Melayu

Assalamua'laikum

Akhirnya, tamat sudah kursus menjahit baju melayu 😄 Layan gambar ja la 😉

Aku yang mana satu? Cer teka 😏 Hint: bujangan 😜

Siapa yang belum beli baju raya, meh beli di sini 👕😘 RM1k jerrr 😝 Kah!

Nampak sangat aku tersepit 😂

Yeayyy, dapat sijil 😘 #alhamdulillah 😁

Dapat sijil 😘

dan


dapat kain pasang 😍😍😍


k bye! 😘

Saturday, June 10, 2017

Lama Menghilang

Assalamua'laikum

Perghhh, baru perasan ni merupakan entry pertama aku untuk bulan Jun 2017. Bukan sengaja menghilangkan diri, bukan juga nak menghindarkan diri, tapi memang aku tersangatlah busy dua minggu ni 😂

Start 01 Jun aritu, aku join belajar menjahit sampai 13 Jun ni. Tahun lepas ada juga join, yang tu belajar menjahit jubah dress. La ni belajar menjahit baju melayu pula.

Kalau bukan sebab my mom yang push aku supaya join, memang tak ar aku nak ikut 😒 Sebab tak nak hampakan parent, aku on ja la. Macam rasa terpaksa pun ada 😢

Pastu aku pujuk diri, aku buat semua ni untuk gembirakan parent aku. Penuhi impian dorang. Tapiii, stress gila weh bab menjahit kolar baju tu 😭 Dalam satu hari tu, dalam 5 jam masa terbuang gara-gara nak pasang kolar baju. Kedut sana-sini. Jahit, buka, jahit, buka. Penat weyh!

Pastu surrender. Sambung esoknya lagi pasang kolar, dalam 4-5 jam juga hasil tetap kedut. Dah panas dah hati aku time tu. Asyik tayang muka monyok ja dua tiga hari gara-gara kolar baju 😂 Kedut pun kedut la, aku dah tak peduli. Siap pasang kolar, jahit poket pula. Aku bab menggunting, menjahit ni memang mereng/ senget. Jadi, poket tu hasilnya senget benget 😂

Alhamdulillah, dalam 6 hari akhirnya siap juga baju melayu yang senget benget. Huduh bebenor hasilnya 😂 Pastu, aku sambung buat seluar pula. Dah nama baju melayu, mestilah ada seluar kan 😏

Sebelum belajar buat seluar ni, aku ubah niat. Niat nak buat sesuatu tu sangat penting! Apa-apa yang kita hendak lakukan kenalah berniat L I L L A H I  T A A' L A. Perbetulkan niat. Letak Allah nombor 1 dalam hidup kita. Ikhlas dalam melakukan urusan seharian. Pasti kemanisan yang dirasai dipengakhirannya.

Dan, insyaAllah bahagian seluar ni lebih kemas sikit hasilnya berbanding bahagian baju 😄

My mom, kakak dan adik pompuan aku pandai menjahit. Aku sorang ja pompuan dalam rumah yang tak pandai menjahit 😂 Baju kurung raya memang sendiri jahit, hanya baju melayu yang jahit kedai. 

Lama-lama, macam minat pula aku nak jahit blouse untuk diri sendiri 😏 ececececeh, doakan eh 😉

K bye, nak sambung layan Dhoom 3 😘 Lakonan Amir Khan memang tak mengecewakan 😍
 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb