Friday, June 30, 2017

Bila Nak Kahwin?

Assalamua'laikum


Buat apa nak marah bila ditanya soalan cepumas tu. Think positive la. Maybe orang yang bertanya tu tak sabar nak bantu time kawen nanti. Kebiasaannya, kalau ada kawen kadang-kadang jenis bergotong-royong terutama di kampung. Pastu saudara-mara dan sahabat handai yang duk jauh, boleh apply cuti awal-awal supaya dapat attend time majlis nanti. Kalau bagitau last minute, kadang-kadang ada yang berlanggar dengan aktiviti dorang. Bila tak dapat datang, ditagih pula kenapa tak datang.

Fikir dari sudut yang lain pula. Ke hulu ke hilir tanpa hubungan yang sah. Mungkin yang bertanya tu ambil berat, tak nak sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Setiap tahun ja, mesti ada kes pembuangan bayi. Menggerunkan...

Bila dapat soalan cepumas tu, pandai pula menyalak. Kat muka buku, siap ada 'petunjuk' lagi cara nak jawab soalan cepumas tu. Dah pernah berlaku, bila sorang makcik tanya gigirl ni bila nak kawen? Soalan tak dijawab, siap tanya soalan balik kat makcik tu, "makcik bila nak meninggal?" Amboihhh, ke mana hilangnya adab menghormati orang tua?

Jodoh, ajal di tangan Tuhan. Tu semua rahsia Allah. Kita tak tahu bila jodoh menyapa kita, bila ajal melamar kita. Tapi, kalau selalu ke hulu ke hilir, gatal jugalah hati nak tanya "bila nak kawen?" Kan kan kan 😜

Tapi, bila orang tu belum kawen juga... jangan jugalah gelar dorang anak dara tua. Tak laku. Yang bertanya tu, mulut please jangan celupar sangat nak melabel orang camtu k. Kalau aku kena camtu, memang panas juga hati. Mendidih juga darah. Bukannya berdosa pun kalau tak kawen. Apa? Hidup ni hanya untuk kawen ja?

Dalam umo 25 tahun ni, lain soalan cepumas yang aku dapat. Antaranya:
1) Bila balik Kedah? (kalau dapat keja di Kedah, baliklah aku di Kedah 😂)
2) Berapa lama cuti? (cuti dah, dapat keja habis dah cuti panjang aku 😜)
3) Bila abis skola? (dah setahun dah abis 😂)
4) Sudah dapat keja? (doakan aku murah rezeki pekerjaan)


Tapi, 1 soalan yang bikin senyum 😁😁😁:
"Tingkatan berapa sudah?" Kah!

32 comments:

  1. haha,adieb awet muda kan, always babyface,
    tu sebab kena tanya tingkatan berapa ni? ...
    padahal dah habis study dah pun ...

    mrs pip pun slalu lah dulu dpt soalan "bila nak kawin"
    well, mrs pip kawin lewat, diusia 33 tahun baru jodoh tu ada ..
    tapi tiap kali kena tanya, just jawab "doakan saya bertemu jodoh yang baik" ...

    semoga adieb murah rezeki dapat pekerjaan yang baik, amin.

    cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy nda pernah lagi dapat soalan bila mau kawen. Kah! Ntah la, mau cakap baby face nda juga. Mungkin sebab perangai nda matang kali r 😂

      آمين يا رب العالمين...

      Delete
  2. haha kan! orang2 kat socmed je yg meroyan takut dapat soalan 'bila nak kawen' tu daripada makcik2 tapi in realiti mana ada makcik tanya pun soalan tu.

    soalan yg saya dapat raya ni, belajar mana, lagi berapa tahun nak habis, sekarang cuti tengah buat apa XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita 😂 Tu la soalan famous yang sy dapat. Bila sudah abis study, dorang tanya pula pasal keja. Bila sy cakap belum dapat keja, dorang tolong doakan supaya cepat2 dapat keja. Alhamdulillah 😄👍

      Delete
  3. Ada jugak orang tanya saya bila nak kawin. Saya jawab mudah je. "Tolong carikan."

    Tapi tak ada siapa yg tolong carikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tanya tu mungkin yang nak masuk meminang untuk Tuan Adam. Kihkihkih ☺

      Delete
    2. Hishhhh.... Siapa lah nak pinang saya ni. Kalau ada wah, bestnya.

      Lupa nak ucap. Selamat hari raya Nour. Jalan2 lah ke rumah raya ni.

      Delete
    3. InsyaAllah kalau ada, pasti ada Tuan 😉 Selamat Hari Raya Aldilfitri. Jauh sangat rumah Tuan Adam 😂

      Delete
  4. Baby face sungguh nampaknya muka adieb ni. Nk petua plsss 😘😘😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameeen kalau baby face 😃 Maybe x matang, tu yg nampak x boleh kawen lagi 😜 Kah!

      Delete
  5. Wah nampak sangat baby face muka awak ni. Nak tips plsss :)

    ReplyDelete
  6. sampai sekarang soalan-soalan maut tu memang biasa akan KakNa dapat bila hari raya. tapi yang paling win, "Laaa. dah 2 orang anak ke? ingatkan belum kahwin?: hehehe,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat kakNa awet muda 😉

      Delete
  7. Replies
    1. InsyaAllah, sedang cari calon. Kah!

      Delete
  8. akak positif je...orang tanya bila nak kahwin sebab diorang pelik, orang secantik akak takkanlah xde boipren.haha.kbye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy positif juga bila dorang tanya boyfriend orang mana. Bila sy cakap takda boyfriend, dorang tak percaya pula. Terus sy negatif 😂 Kah!

      Delete
  9. Replies
    1. Ada jodoh, kawen. Belum sampai jodoh, travel 😄

      Delete
  10. wah tingkatan berapa ar...hihi muda oh..kalau kak MV..selalu org tanya syamimi ni anak pertama kah?bila jawab anak keempat terus wah muda lagi ada 4 anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak MV awet muda tuuu... petua please 😍😍😍

      Delete
  11. Mesti muka baby face nie.. Sebab tu tanya tingkatan berape.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 😄, tapi tang mana baby face nya sy pon x tau 😂

      Delete
  12. dulu tak pernah org tanya i bila nak kahwin klu time2 ada geng babu2 d kg. sebabnya drg tak pernah nampak i punya boyfriend hahhaa. masa tu boyfriend tapuk habis. kwn 6 tahun jumpa boleh ckp 10x dlm masa 6 tahun ni hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uisehhh, tabahnya dalam 6 tahun 10x ja jumpa 👍 sebab sy tngk kawan sy, menggelupur kalau x tjumpa walau hanya berbalas pandang 😂

      Delete
  13. saya pun suka soalan paling last tu. hihi - 'tingkatan berapa sudah?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, boleh buat senyum lebar 😝

      Delete
  14. soalan biasa tu sebab makcik2 tu nak beramah mesra tapi mereka tak tahu nak tanya soalan apa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa, betul juga tu 😄👍

      Delete
  15. Sabtu lepas say pergi rumah kawen. Satu meja tanya bila nak kawen.

    Masa tu tetiba saya teringat blog nour.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahahahaha, mesti teringat entry ni kan 😄

      Delete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb