Saturday, June 17, 2017

Pagi-pagi Buta, Ketuk Pintu Bilik

Assalamua'laikum

Kenangan masa sekolah menengah dulu, aku tak ingat dah time tu form 2 atau form 3. Sekolah aku jenis sekolah berasrama penuh, memang wajib lerrr duk asrama.
6 tahun setengah menimba ilmu di sini, banyak kenangan suka duka 😍

Hari terakhir di sekolah sebelum nak balik ke kampung esoknya untuk cuti raya, kitorang memang tak tidur malam tu. Kengkonon nak habiskan masa bersama. Yang aku ingat ada Duratul dan Safinah. Kepala otak kami memang jenis nakal, ada ja idea luar kotak fikiran 😂

Dalam jam 2-3 pagi camtu, kami merayau di setiap tingkat (asrama ada 4 tingkat). Mencari bilik yang ahlinya dah nyenyak tidur (1 bilik 12 orang). Dah jumpa bilik yang berkenan, apalagi teruskan jalankan aktiviti nakal yang dirancang 😏

Ketuk pintu bilik dorang kuat-kuat, bila dah ada respon macam dorang terbangun marah-marah maki hamun baru kelam-kabut larikan diri 😂 Dah selamat, terus memasing terlepas ketawa mengilai. Takdo kejo, pagi-pagi buta pegi ketuk pintu bilik orang 😂

Tak tau la ahli bilik tu tau atau tak tu semua keja aku dan mereka yang nakal 😜

Korang ada memori nakal time puasa dulu? Kalau sudi, share lerrr 😉

Ohhh ya, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, blogger Elsa mencari mereka yang bertuah untuk dihadiahkan RM10 × 10. Maybe korang salah sorang yang bertuah 😄 Meh jenguk DI SINI 😉

18 comments:

  1. Amboiiii...nakal ye bln bln posa...bnd yg paling nakal pernah buat dlu pun, curi curi mkn sbb xtahan..maklumlah bebudak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Curi-curi mkan oun, sy pernah buat juga 😜😂

      Delete
  2. Best kan bila teringat zaman sekolah.
    Semuanya kelakar.

    ReplyDelete
  3. bestnya..akak x pernah sekolah asrama, tapi suka baca cerita macam ni.mesti berani time bulan puasa je sebab bulan puasa xde hantu.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagipun ada kawan, tu yang tambah berani 😁😁😁 kalau sorang ja, ketaq juga lutut 😂

      Delete
  4. berani gak tu buat gitu, huhu

    ReplyDelete
  5. Hahaha nakal gile kot tu.. sian member nk tidoq.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm, macam dorang pun jenis berjaga sebab last day. Kah!

      Delete
  6. tak pernah nakal. saya budak baik.hihi

    ReplyDelete
  7. ha ha ha jadik keje la ye, nour.
    aduhai... dulu kala aida dok asrama, takde plak kenakalan sebegini hi hi hi...
    sabo jer la!

    ReplyDelete
  8. lupa dh memori berpuasa hehhee.. nakal rupanya 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak sangka NA kuat menyakat..
      Tentu mereka yg terkena sangka gangguan misteri.. Ntah2 menggeletar mereka dalam bilik tu, hehehe 😁..

      Delete
    2. Dorang tau memang pelajar punya keja. Tiap tahun mesti ada yang buat camtu 😂

      Delete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb