Saturday, July 15, 2017

Hidangkan Ambuyat Kepada Tetamu

Assalamua'laikum

Salam 21 Syawal 😄 Masih dalam mood raya lagi? Raya tahun ni, memang berbeza dari tahun yang lepas-lepas. Tahun ni kami lebih banyak pergi beraya, melawat saudara-mara, kawan-kawan mama bapa time bertugas di tempat lama dulu. Jadi, lebih banyak terima tetamu time waktu malam. Kalau siang, memang pintu tutup tak buka-buka 😂

Ada satu hari ni, saudara sebelah bapa datang beraya time tengah hari. Yang pompuan duk di rumah, yang lelaki pegi solat Jumaat. Ngam-ngam hari tu nak makan ambuyat. Kelam kabut jugalah memasak, nasib baik belum masak nasi time tu. Sebab kalau makan ambuyat, kami tak masak nasi banyak. Aku confirm tak makan nasi, sumbat ambuyat ja di perut 😝

Ambuyat ni sebenarnya takda rasa, yang bikin sodap tu cicah. Lagi sodap cicah dengan kuah kari atau masak lomak, ada lagi satu... haaa, ikan masak ampap! Boleh google apa kebendanya 'ikan masak ampap' tu 😏

Siapa yang pandai makan ambuyat, duk di meja lain. Yang tak pandai makan ambuyat, boleh makan nasi. Tapi geng aku makan ambuyat ni tak pandai guna candas 😂 K, candas ni macam chopsticks cuma bersambung di hujung. Tak macam chopsticks, terpisah dua.


Time ni, kami makn ambuyat cicah kari ayam. Perghhh, memang sodap. Lauk sampingan pula timun jepun, tuntul 😘 Anak buah aku selagi tak habis tuntul tu, selagi tu la dia duk di meja makan sedut tuntul tu 😂

K, mesti blur kan tuntul tu apa 😏 Tuntul tu siput sedut 😜 Memang rezeki la pagi Jumaat tu turun pekan, ada orang jual tuntul. Satu bungkus RM2 ja, so aku beli 2 bungkus 😉 Rezeki dorang sepupu aku juga dapat makan tuntul sebab dorang cakap tempat dorang susah nak jumpa tuntul yang murah 😁

Yang ni ruangan untuk yang makan nasi 

Kalau yang makan nasi, merata dorang duduk. Duk di lantai dapur, tak pun di ruang tamu atau di depan tv. Habis kari ayam, cecepat kakak aku masak sardin 😂 Sardin pon boleh buat sebagai cicah ambuyat 😉

siput sedut aka tuntul (gambar dari Google)

ni candas

nak makan ambuyat bukan macam ni

macam ni yang betul 😉

Kalau rajin, aku buat ar video cara guna candas yang betul untuk makan ambuyat. Tu pun aku post di ig. Tu pun kalau aku rajin 😜

Ambuyat ni asal dari pokok rumbia. Lepas proses itu ini jadilah tepung sagu. Kalau di pasar Kuala Penyu atau Beaufort, sagu ni ada yang harga dalam RM2 dan RM5. Mughah jorrr 😁 Proses nak buat ambuyat, kalau aku taip pun bukannya korang faham kan 😏 Mesti tengok video juga tu 😉

Nantilah kalau rajin, buat entry lain pula pasal ambuyat ni, lebih detail 👍😉

56 comments:

  1. hritu tngok pasal ambuyat ni dkt entri blogger unni.. teringin nk cubaaa. hehe

    ReplyDelete
  2. Sedappppp.... dgn tuntul lagi, mmg best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, selagi nda habis selagi tu la nda stop makan 😁

      Delete
  3. 1st time dengar pasal ambuyat ni. rasa dia camne :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda rasa pon 😜 tapi letak cicah perghhh 👍👍👍 sodappp

      Delete
  4. tak pernah makan n teringin nak rasa.. macamana la kan :D

    ReplyDelete
  5. astagaaaa lamanya suda nda makan ambuyattttt

    ReplyDelete
  6. Wah sedapnye semua makanan tu

    ReplyDelete
  7. mengancamnya siput sedut, huhu

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  8. Mana gambar ambuyatnya adieb?? Wah makan pakai ala chopstick tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ambuyat yg dalam bekas biru 😂 x sangka jg boleh buat entry, tu yg gambar hentam ja 😜 takda gambar yg close up

      Delete
  9. tingin lak nak rasa ambuyat tu cemana rasanya

    ReplyDelete
  10. Daripada dulu akak teringin nak makan ambuyat, tapi belum ada rezeki lagi :)

    ReplyDelete
  11. My first time tau tentang Ambuyat.
    Tak tau apa rasa dia.

    Mintak sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda rasa pon 😂 tapi cicah sodap 👍

      Delete
  12. Kenapa mesti guna candas. Tak boleh guna tangan ke?
    Kat mana boleh dapat candas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. omg! guna tangan? 😂 x dpt nak bayangkan 😂 yg x pandai guna candas, blh pakai sudu. tapi kalau tangan, jangan sesekali! candas ada kat sabah 😉

      Delete
  13. first time dgr nie..teringin nak rsa.

    ReplyDelete
  14. salam kenal awak...wah sedapnya siput sedut tuuuu
    jom follow me hehe

    ReplyDelete
  15. kenal siput sedut je. 😂
    ambuyat tak pernah dengar. ampap, tuntul pun tak tahu apa tu. haha

    ReplyDelete
  16. Siput sedut mmg fav mai,tapi yang lain tu tak pernah rasa lagi....Teringinnnnnnn sangat!

    ReplyDelete
  17. Sa x pandai makan ambuyat...hihi

    ReplyDelete
  18. Lama tak makan tuntul.... sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat cari di pasar tuan, nanti ngidam 😂

      Delete
  19. 1st time dengar ambuyat, ikan masak ampap dan candas. unik dan menarik. :D

    ReplyDelete
  20. Akak pun first time dengar ambuyat, siput sedut tue dari dulu smp sekarang, tak reti nak sedut keluarkan isi,sampaikan dah tahap give up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah potong yg bahagian hujung yang tajam tu? dah potong, senang sikit nak sedut 😉

      Delete
  21. Assalamualaikum,

    1st time dengar Ambuyat.. Hehe..

    Jemput baca dan komen entri ini juga ya.. :)

    http://www.erazfadli.com/2017/07/sndlipstick-by-siti-nordiana.html

    ReplyDelete
  22. 1st time tau pasal perkataan 'ambuyat'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama lain: sagu. tapi bila dah dituang air panas, maka jadilah ambuyat 😁

      Delete
  23. Mau ke lekat ambuyat dengan kuah tu Nour...kalau pakai sudu barulah ok. Boleh hirup hihi.... Hakak tau pasal ambuyat ni pun tgk kat TV...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lekat juga mak, macam ada magnet 😜 kalau guna sudu, macam... kurang feel 😂

      Delete
  24. Seronok dapat tahu cerita orang Sabah, banyak keunikan yang menarik dari segi makanan dan cara hidup.. Best, best..

    LZ plan ke Sabah tahun depan.. Harap2 sempat pusing KK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah sempat tu pusing KK 😉

      Delete
  25. Bila sahabat blogger berbilang negeri, macam-macam makanan dapat diketahui.. Memang menarik je baca pasal ambuyat nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi makanan lain yang ada di Sabah 😉

      Delete
  26. tahu ambuyat nih tapi akak tak pernah makan

    ReplyDelete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb