Tuesday, December 26, 2017

APG

Assalamua'laikum

Syukur ada juga masa aku nak update belog ni. APG tahun ni tema 'etnik sabah', so guru-guru & para AKS diwajibkan pakai baju suku kaum masing-masing.

Opsss, APG tu singkatan untuk 'Anugerah Pelajar Gemilang' 😉 Kalau sekolah lain, maybe dorang guna APC- Anugerah Pelajar Cemerlang. Kitorang upgrade sikettt 😝

Tiap tahun sebelum cuti sekolah, memang APG/ APC akan diadakan untuk menghargai & mengiktiraf pelajar yang cemerlang & gemilang dalam kurikulum & kokurikulum. APG/ APC ni boleh memberi dorongan & semangat supaya pelajar lain mempertingkatkan prestasi masing-masing dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

So, time malam APG tu aku pakai baju etnik dusun tatana sebab senang cari 😂 Baju tu memang ngam + padan ngan aku 😍 Sewa pun murah, RM50 ja. Untuk APG ni, tugas aku bahagian hiasan pentas. Tangan aku ni jenis kayu, kaku kalau bab menghias ni. Nasib baik ada orang kuat bab hiasan. Sorry cikgu H, i x banyak bantu u menghias pentas 😂

ni time siang, gambaq dulu sebelum memasing busy dengan tugas 😂


sampai di dewan, terus bergambar 😂


sumandak-sumandak sabah

Habis APG, yeahhh boleh bergambar di pentas

kosong dah dewan 😂

ok, last 😉





Monday, December 18, 2017

Hargailah Masa Lapang Anda

Assalamua'laikum

Hai hai hai
Lama aku menghilang, jangan risau... aku masih bernafas. Alhamdulillah 😊 Cuma sekarang ni terlobih busy mengalahkan menteri 😥

Ahad ja aku free sebab takda kelas. Tu pun bukannya free sangat. Cuci kain, kerja kursus berlambak, tapi dapat juga la aku curi masa pi berjalan di 1B 😂 Yolah, release tension katenyerrr

Syukur juga la takda kelas malam, sebab kengkadang kalau dah banyak masuk dalam otak aku, automatik sel-sel otak aku sakit. Tak berhubung... Tiap hari aku just sediakan 2gb ruang dalam otak aku 😝 Kalau dah full tu, memang tak boleh dah dipaksa masuk 😂😂😂

Ni pun curi masa sikit update blog. Nantilah kalau free, BW pi blog lain. Bubye

Riadah, nampak tu Gunung Kinabalu di belakang tu? X nampak pendek umur 😂

Abis pakaian berlumpur 😂

Ramai gugurl? Sebab kelas ikut susunan nama 😂

Pembentangan

Kelas Pedagogi
 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb